 |
|
Adabi adalah jenama sebutan ramai di setiap rumah di Malaysia. Untuk
2 dekad ini, rakyat Malaysia telah melihat, mendengar dan tertarik dengan jenama Adabi. Logo Adabi adalah Istana Tradisional
Kerabat Diraja Melaka pada abad ke-16. Istana Melayu itu melambangkan bahawa produk Adabi mempunyai kekuatan dalam warisan
selaras dengan kualiti makanan yang dihidangkan kepada kerabat-kerabat diraja pada masa dahulu.
Bersandarkan pada imejnya,
Adabi telah menghasilkan produk-produk makanan Malaysia yang 100% halal dan berkualiti tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.
Oleh itu, Adabi telah dinobatkan sebagai “Superbrand” untuk tahun 2002 oleh Majlis Superbrand Malaysia.
Adabi
juga telah menjalankan penyelidikan untuk mendapat tahu pendapat pelanggan-pelanggan mereka di luar Malaysia terutamanya di
Medan dan Jakarta. Beberapa produk Adabi yang terkenal telah dipasar dan dijual di Indonesia sejak tahun 1993. Adabi telah
dipromosikan melalui media massa di sana.
VISI DAN MISI
Visi dan
misi Adabi adalah: •Untuk menjadi Pengeluar Makanan Bungkusan yang ke-2 terbesar di Malaysia tidak lewat dari tahun
2010 •Untuk menghasilkan makanan yang lazat dan berkualiti tinggi selaras dengan piawaian Halal Antarabangsa. •Untuk
menjadi pengedar produk-produk pengguna yang terbesar di Malaysia tidak lewat dari tahun 2010, mengedar produk-produk selain
dari produk Adabi. •Untuk menjadi syarikat multinasional dalam makanan dan pemprosesan produk-produk pengguna. •Menjaga
kebajikan pekerja-pekerja, memastikan keharmonian dan meningkatkan status ekonomi dari setahun ke setahun.
|
 |
|
|
|
 |
|
BERITA TERKINI
PENJENAMAAN SEMULA PRODUK PERENCAH RENDANG ADABI
Bersempena dengan Ulang Tahun
ADABI yang ke-23, kami telah menjalankan penjenamaan semula untuk salah satu produk keluaran kami. Kami telah memilih produk
Serbuk Rendang Daging ADABI untuk penjenamaan semula ini. Penjenamaan semula yang dilakukan adalah dari aspek rupa, bentuk
dan kandungan.
Dahulunya dikenali sebagai Serbuk Rendang Daging ADABI, selepas penjenamaan semula, ia dikenali sebagai
Perencah Rendang Asli ADABI. Kami juga telah memperbaharui bungkusan produk tersebut dengan menggunakan bungkusan plastik
yang berkualiti tinggi dan mesra pengguna. Selain itu, kami juga telah mengubah bentuknya dari segi empat sama kepada segi
empat tepat yang dapat memuatkan lebih banyak kandungan di dalamnya.
Penjenamaan semula ini juga telah menggabungkan
ramuan dalam Serbuk Rendang Daging ADABI dan Perencah Rendang. Dengan itu, pengguna hanya perlu memasukkan perencah tanpa
menyediakan bahan-bahan lain seperti kulit kayu manis, kerisik, cili dan lain-lain. Ini memudahkan pengguna menyediakan rendang
sekaligus menjimatkan masa.
|
 |
|
|
|